Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, July 5, 2011

Lebih 10 kali Dr. Ismail masuk kampung kami, Dato' Chor tak nampak batang hidung pun...

(Ehsan Warta Darul Aman)

Oleh: Muslim Abdul Razak

ALOR SETAR - Sebaik dipilih oleh rakyat sebagai ADUN Kawasan Alor Mengkudu, YB. Dr. Ismail Salleh berjanji di hadapan orang ramai yang meraikan majlis kesyukuran kemenangannya bahawa beliau akan memberi khidmat rawatan percuma kepada rakyat dalam kawasannya.

Kini lebih tiga tahun janji tersebut ditunaikan. Pada tahun peringkat awal, khidmat rawatan percuma diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Alor Mengkudu setiap hari Khamis. Bagaimanapun oleh kerana beliau mempunyai program yang sibuk pada hari tersebut khususnya yang berkaitan dengan kerajaan negeri, maka khidmat tersebut dipindahkan ke hari Jumaat.

Ramai yang datang mendapatkan khidmat rawatan daripada Dr. Ismail tanpa mengira bangsa mahupun anutan politik.

Selepas tiga tahun memberi khidmat rawatan di PKWR, beliau merasakan perlu juga mereka yang terlantar di rumah dan sukar untuk bergerak ke klinik diberi perhatian. Lantas mulai awal tahun ini, Exco Kerajaan Negeri Kedah itu turun sendiri ke rumah pesakit untuk memberi rawatan. Ia dibuat berselang-seli setiap hari Jumaat; antara turun bertemu pesakit di rumah mereka atau memberi khidmat rawatan di pejabat.

Sejak sebelum jadi ‘YB’ lagi Dr. Ismail sudah masuk ke kampung-kampung memberi rawatan percuma namun kini ia dilakukan secara berkala, jadual yang tersusun serta menyeluruh ke semua tempat.

Menurut Setiausaha PKWR Alor Mengkudu, Encik Fakhrurrazi Salleh, melalui pendekatan turun bertemu pesakit, ADUN Alor Mengkudu itu bukan sahaja yang dapat memberi rawatan sahaja malahan dapat menyelesaikan pelbagai masalah lain yang dihadapi penduduk.

Menurut Encik Shukri Abdullah dari Kampung Alor Sekawan, ADUN Alor Mengkudu adalah seorang yang mudah ditemui di mana-mana. “Kalau di kampung kami ni, sejak jadi YB dah sepuluh kali lebih Dr. Ismail mai, walhal YB untuk Parlimen (Dato' Chor Chee Heong - BN)… batang hidung pun tak pernah nampak,” ujar Encik Shukri.

Warta Darul Aman

Arkib