Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, July 3, 2011

Kalau dah KETAKUTAN, tengok bayang sendiri pun dikata hantu


Oleh: Tok Senapi

Geram, marah, benci dan sedih boleh disembunyikan oleh seseorang tapi tidak pada rasa takut. Takut adalah sifat yang sukar disembunyikan kerana orang yang ketakutan biasanya akan ‘tenggelam punca’ dan akan melakukan sesuatu bagi mengatasi ketakutan sehingga di luar kewarasan.

Ketakutan kerajaan Najib-Rosmah terhadap kehilangan kuasa akibat kebangkitan rakyat menuntut sebuah pilihanraya bersih tidak dapat disorok-sorok lagi. Dalam keadaan pilihanraya yang tidak adil dan memihak kepada UMCO Be End itu pun, PR boleh tumbangkan BN di 5 negeri maka jika pilihanraya bersih dan adil diadakan nescaya tumbanglah BN di Pusat. Itulah yang membuatkan Najib-Rosmah tak lena tidur.

Sekarang mereka mengerahkan polis untuk bertindak di luar kuasa undang-undang. Seorang peguam ditahan di Market Koboi, Alor Setar pagi kelmarin kerana memakai baju kuning. Sewaktu ditangkap, peguam tersebut mendesak polis jelaskan kenapa mereka ditahan. Polis tidak dapat menjawab sebaliknya menggunakan kekerasan untuk terus menangkap mereka. Kalau betul mereka disyaki melakukan kesalahan pun polis wajib memberitahu suspek ‘kesalahan’ mereka atau membantu siasatan dalam kes apa atau syeksen apa. Tapi inilah undang-undang rimba yang sedang berkuatkuasa di negara kita sekarang.

Dunia telah jauh meninggalkan ‘undang-undang rimba’ seperti itu, undang-undang ala Pol Pot, ala rejim Zionis dan ala komunis tetapi Malaysia nampaknya berpatah balik untuk terus menguatkuasakan peraturan yang tidak termaktub dalam undang-undang negara serta perlembagaan; sebaliknya bertindak mengikut kehendak nafsu serakah pemimpin BN untuk membuli rakyat yang tidak seideologi dengan mereka.

Jika mereka menganggap kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat itu akan menakutkan rakyat maka mereka silap. Sejarah lama atau moden menunjukkan bahawa apabila kerajaan terus menggunakan kezaliman untuk terus berkuasa, maka rakyat akan hilang rasa takut terhadap mereka walaupun berada di hadapan muncung senjata api. UMNO Be End akan jatuh bersama kezaliman mereka.

Warta Darul Aman

Arkib