Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, July 4, 2011

Isu DAP & 2/3: Itu bukan jawapan Kedah Times woi

Oleh: Saiburi Sudin


Supaya pembaca faham jalan cerita akan tajuk di atas maka SS petik balik rentetan isu kononnya jika DAP boleh perintah Pusat maka depa akan pinda perlembagaan untuk hapuskan hak Melayu serta buang raja-raja Melayu.


Chapter 1:

Ini artikel artikel asal Kedah Times (blogger UMNO):

Untuk pengundi-pengundi di Kedah, Kedah Times menyeru supaya tidak melakukan kesilapan kali kedua. Mereka yang melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang adalah mereka yang tidak belajar dari kesilapan atau sejarah lalu.

Ini petikan kata-kata dari Bekas ADUN DAP Perak Hee Yit Foong:
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak iaitu Hee Yit Foong bekas Adun DAP mendakwa beberapa rakannya dari DAP telah menyatakan hasrat seandai mereka menang PRU-13 dgn majoriti 2/3, mereka akan mengubal Perlembagaan Persekutuan untuk menghapus Hak Melayu dan raja2 melayu dalam masa 2 hari ✗ kira walau pakatan mereka terdiri dari PAS dan Keadilan .... Sebarkan.

Chapter 2:

Maka Kedah La melalui SS beri jawapan terhadap tulisan tersebut:

Encik Kedah Times dengaq elok2 jawapannya, macam ni:

Pada PRU12 lalu DAP bertanding 46 kerusi, PAS 67 kerusi, PKR 94 kerusi. Untuk PRU13 agihan kerusi adalah sekitar tuu lah jugak.

Andaikan DAP menang semua kerusi sekalipun dia cuma mewakili 1/5 dari jumlah kerusi Parlimen Encik Kedah Times woii!!! mai mana 2/3? So, DAP tak boleh pinda perlembagaan.

Tak apalah... sekarang kita andaikan PKR menang semua 94 kerusi dan katakanlah PKR pun setuju dengan DAP nak ubah perlembagaan (Maaf PKR, ni cuma andaian untuk fahamkan golongan yang tak faham)namun jumlah DAP+PKR pun masih belum cukup 2/3 untuk membolehkan perlembagaan dipinda! Tak boleh jugak.

Bagi PAS tak berbangkit langsung isu tersebut kerana PAS sekali-kali tidak akan membenarkan untuk menghapus Hak Melayu dan raja2 Melayu seperti kehendak bekas ADUN DAP yang kini masuk BN tu. (Cina tu cakap ikut skrip yang diarahkan UMNO maklumlah dah terima rasuah berjuta-juta).

Kesimpulannya, propaganda Kedah Times tu hanyalah untuk menipu rakyat tak sekolah atau pi sekolah tapi tak pernah faham matematik sejak tadika sampai darjah 6 walaupun berbuih mulut cikgu mengajaq. Jenih benak tuu..


Chapter 3:

Kedah Times pula menjawab tulisan SS di atas, inilah jawapannya:

Inilah akibat Matematik Puak PAS

Kedah Times petik dari JKKKP Kota Sarang Semut. Bukan apa, inilah hasil atau akibat jika menerima pakai matematik orang-orang PAS. Tak tahulah dari mari Saiburi Sudin belajar matematik sehingga 2/3 pun dia tidak tahu nilai sebenarnya.

Maka dengan itu inilah hasilnya:

BAGAIMANA MALAYSIA DISINGAPURAKAN...!!!

Oleh Pembunuh Bayang

Malaysia sepatutnya belajarlah dpd Singapura!

Jika DAP dapat peluang memerintah Malaysia:

1. Kerajaan DAP akan mengikut sebiji macam cara PAP Singapura memerintah iaitu dgn cara kuku besi.

2. ISA akan digunakan utk melenyapkan Pembangkang iaitu BN.

3. Sebarang demonstrasi bodoh2 macam Bersih1 dan Bersih2 tidak akan dilayan sama sekali. Semua penganjur akan dipenjarakan di bawah ISA seumur hidup kerana cuba mengancam keselamatan negara.

4. Pada mulanya sahaja Anwar akan diangkat menjadi PM.

5. Kemudian, Perlembagaan Malaysia akan dipinda utk memansuhkan Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu utk mengujudkan Malaysian Malaysia.

6. Kemudian, Institusi Raja-Raja Melayu akan dimansuhkan dan Malaysia pun dijadikan The Republic of Malaysia. Lim Kit Siang akan jadi Presiden. Komunis Ching Peng sudah tentunya akan dibawa balik ke Malaysia dan disanjung sebagai bapa kemerdekaan dan diberi ganjaran istimewa yg turut diwarisi oleh kaum kerabatnya!

7. Kaum Cina dari luar akan digalakkan utk berhijrah ke Malaysia, diberi kerakyatan Malaysia dan ditempatkan di merata2 di Malaysia utk melenyapkan kawasan2 majoriti Melayu spt yg telah berlaku di Singapura dahulu.

8. Lepas itu bermulalah mimpi ngeri bagi kaum Melayu

yg akan menjadi pengemis di tanah airnya sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura sekarang.


Chapter 4... terakhir

Saiburi Sudin nak jawab balik Kedah Times:

Tidak dinafikan DAP berpeluang memerintah Malaysia melalui kerjasama dengan PAS dan PKR, jika gabungan tiga parti ini mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen. Persoalan pokoknya ialah bolehkah DAP pinda perlembagaan hanya dengan menang kesemua 46 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi keseluruhannya? Kedah Times langsung tak jawab soalan tu, sedangkan untuk meminda perlembagaan negara perlu sokongan 2/3. PAS sekali-kali tak akan setuju untuk hapuskan hak Melayu dan buang raja-raja Melayu, jadi Kedah Times kena tunjuk cara DAP nak buat macam mana untuk pinda juga perlembagaan? Itu sepatutnya jawapan yang KT kena bagi, oleh kerana tak dapat bagi jawapan tu dia ghawit (bahasa Kedah tua bermaksud kaitkan) dengan PAP di Singapura. PAP Singapura mempunyai majoriti mutlak lebih 2/3, ia tak sama andaian politik di Malaysia di mana jika DAP menang semua pun dia tetap minoriti.

Bagi membantu KT berhujah, SS cadangkan KT kata macam nilah: Bila PR berkuasa nanti PAS dan PKR akan tunduk secara membuta tuli kepada kehendak DAP, bila DAP nak buang hak Melayu dan raja maka PAS dan PKR akan sokong.

Jawapannya, jangan meletakkan BURUK SANGKA terhadap PAS yang memperjuangkan Islam selama 50 tahun sampai ke tahap yang dahsyat seperti itu kerana kalau itu andaian yang dibuat maka PAS pun boleh buat andaian balik: Jika UMNO menang PRU 13 nanti maka mereka serah jawatan PM kepada pakar video lucah Chua Soi Lek kerana tunduk kepada MCA dan akan serah negara ditadbir oleh Yahudi selepas dapat nasihat syarikat APCO Yahudi.

Tapi berhujah berasas andaian 'jahat sangka' tiada dalam agenda manusia berakal. Berhujah berasaskan andaian semata-mata tiada dalam disiplin ilmu Islam. Ia pernah berlaku dalam sejarah Baghdad, sebahagian ulamak berhujah jika lahir haiwan berbadan kambing dan berkepala anjing maka halalkah dimakan? Mereka berhujah siang malam isu tersebut.'Jawapannya' ialah turunnya orang Monggol menyembelih ulamak-ulamak yang bertelagah dalam isu 'andaian', beribu-ribu kitab dibuang ke sungai sehingga hitam air Sungai Furat.

Jadilah berhujahlah berasaskan realiti, bukan andaian.

Warta Darul Aman

Arkib