Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, July 5, 2011

Hero hindustan silat lincah yang lembab

Oleh: Mami Minah

Mami tengok berita TV tadi, himpunan BERSIH 2.0 dibatalkan dan akan digantikan dengan himpunan di Stadium. Ternyata BERSIH 2.0 telah berjaya.

Kejayaan pertama adalah menggerakkan rakyat dan menarik perhatian rakyat betapa pentingnya pilihanaraya yang adil dan bersih.

Yang keduanya, BERSIH 2.0 telah berjaya berjumpa SPB Yang Dipertuan Agong untuk menyatakan hasrat menginginkan PRU13 nanti sebagai pilihanraya yang bersih dan adil.

Kekalahan BN semakin jelas apabila BN terlalu takut dengan kebangkitan rakyat sehingga memaksa mereka mengkudakan PDRM memenuhi kehendak mereka.

BN juga tewas dan terkedu bila Yang Dipertuan Agong menitahkan pintu rundingan dibuka bagi menyelesaikan masalah.

Dato' Ambiga dah umum himpunan dibatalkan, tapi ada satu NGO yang ‘gagah’ dengan nada sombong menyinsing lengan nak berdepan dengan sesiapa yang berhajat nak pi BERSIH 2.0.

Dengan sombongnya depa mengaku depa bersedia duk di barisan depan, tapi Mami duk rasa la… depa ni macam hero Hindustan… makin dilarang, makin nak pi….

Orang lain dah keluaq gelanggang, dah dapat hadiah dah pun, dia baru nak masuk bersilat…. Nama saja silat lincah, tapi lembab macam siput khinzir (Tok Senapi tak bagi guna perkataan siput babi… dia kata khinzir lembut sikit, kalau lembab macam siput babi nampak sangat kasaq).

Kepada kumpulan lincah ni… cargas la sikit, org dah umum himpunan dibatalkan yang hangpa duk gatai buat statement apa lagi…. Hahahaha…

Atau editor TV yang lembab?

Warta Darul Aman

Arkib