Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, July 13, 2011

Berita TV yang sentiasa senget sebelah

Oleh: PUTERI BULAN

Dua tiga hari ni Puteri benci sangat nak tengok berita di TV..tak kiralah TV mana-mana pun. Berita berat sebelah tu dah melampau-lampau tapi entah kenapa semalam Puteri tertengok juga sekejap.

Adalah 2-3 berita yang menarik perhatian Puteri nak ulas. Antaranya..gambaran yang dipaparkan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Hj Hadi kononnya bercanggah kenyataan. Diambil sedutan ceramah Anwar Ibrahim di Seberang Jaya, ingat-ingat Puterilah Anwar Ibrahim ada berkata “ Mereka sanggup lakukan begitu terhadap kepada seorang ulama, bekas menteri besar, ahli parlimen pula. Mereka SERET beliau dan CAMPAKKAN ke dalam penjara……” Lepas itu mereka siarkan pula ucapan Tuan Guru Hj Hadi yang memuji polis kerana layanan yang baik diberikan kepadanya dan lain-lain tahanan Bersih.

Seperti kanak-kanak hingusan mereka membandingkan ke dua-dua kenyataan tersebut kononnya bercanggah dan Anwar Ibrahim sengaja mencetuskan ketegangan sedangkan semua tahanan dilayan dengan baik dan diberi makan secukupnya.

Puteri bukanlah ahli bahasa tapi sefaham-faham Puteri perkataan sama erti untuk seret > bawa > tangkap > atau kasar lagi heret dan campak> baling > tauk ( heheheh..longat kedah) > atau lembut sikit masuk. Contohnya, kalau nak belajar masak (seperti yang diajar oleh bonda Puteri), beginilah.. “lepas tumis tu dan naik bau wangi..campakkan 2 batang serai ke dalam periuk”….

Haa…campakkan itu maksudnya masukkan, jadi tolonglah faham wahai tukang-tukang karut RTM ke..TV3 ke..jangan dek kerana penggunaan bahasa anda-anda semua cuba nak mengelirukan rakyat. Rakyat sebenarnya dah muak dengan sikap UMNO/BE END ni yang tak habis-habis mencari kesalahan pakatan rakyat, mengada-adakan kesalahan pakatan rakyat, memprovokasikan cerita yang tidak benar terhadap pakatan rakyat kerana itulah makanan pemimpin-pemimpin UMNO/BE END yang dah macam cacing kepanasan bila melihat sambutan rakyat terhadap perhimpunan bersih 2.0 baru-baru ini.

Satu lagi, Puteri benar-benar rasa nak marah bila berita mengenai 4 orang ADUN dari DAP yang diarahkan keluar semasa Sidang DUN negeri Melaka. Mereka dipamerkan seperti orang yang bersalah dan tidak beretika serta beradab dan pada masa yang sama mereka juga menyiarkan 2 ADUN dari BE END yang diarahkan keluar semasa Sidang DUN Selangor.

Yang Puteri nampak sikap berat sebelah media massa cuku-cukup jelas. 2 ADUN dari BE END diberi ruang untuk membela diri dan seterusnya menghentam kerajaan Pakatan Rakyat sedangkan 4 ADUN dari DAP langsung tidak berpeluang. ADIL???? Sikap ADUN BE END yang menegur dan memarahi ADUN DAP membaca hadis tidak berasas sama sekali. Orang bukan Islam sekiranya berkeupayaan membaca hadis malah ayat-ayat suci Al-Quran sekali pun tidak menjadi masalah kerana Islam ini universal dan bukan hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Yang Puteri geram, bila dia mempertikaikan hadis yang dibaca tu riwayat siapa, rujukan mana….yang sebenarnya mereka terpukul bila orang bukan Islam boleh mengambil hadis sebagai rujukan sedangkan mereka yang mengaku Islam tidak berminat kearah itu melainkan hanya berminat mengambil kata-kata hikmat dari tuan guru Tok Najib Razak.

Nampak benar, media massa seperti RTM dan TV3 dan sekutu dengannya dijadikan tali perut kepada UMNO/BE END. Walau pun perhimpunan bersih 2.0 telah berlalu namun ingauan Tok Najib belum berakhir. Terlelap sahaja..bayangan himpunan bersih menjelma, tertidur sahaja, bayangan pimpinan pakatan rakyat bermain dimata. “Mana boleh macam tu..dah bermacam-macam provokasi aku dah arahkan, tangkap, kaitkan dengan keganasan, kominis, himpunan haram, sekat lalu lintas, buat liputan palsu, upah orang bagi kenyataan bohong…tapi kenapalah berjaya juga himpunan tu….” Kata Tok Najib dalam hatinya.

Ambillah ikhtibar dari peristiwa tentera bergajah Abrahah yang hendak menyerang Kota Mekah, mana mungkin si kecil burung Ababil boleh mengalah tentera bergajah yang lengkap bersenjata..tapi hakikatnya bertempiaran lari tentera bergajah dan reput seperti daun-daun dimakan ulat….renung-renungkanlah….

Warta Darul Aman

Arkib