Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, June 13, 2011

Video lucah bukti zina: Itu ajaran sesat puak tolak hukum Allah!!!

Oleh: Mid Panah

Harap semua dah baca tulisan Mahaguru 58 yang disiarkan oleh Kedah La. Sebut nama guru jangan pulak ada yang terpengaruh anggap dia ulamak besar. Guru Nanak pun ada sebutan guru juga tapi sesat, maka begitulah Mahaguru 58 ni, pandangannya itu amat sesat lagi menyesatkan.

Mahaguru 58: kes seperti video perzinaan seorang yang dikatakan adalah Ketua Pakatan Pembangkang dengan seorang pelacur China.

Persoalan utama yang dibangkitkan berhubung ulasan Kazim Elias itu bukan persoalan hukum hakam agama tetapi niat jahat yang asal dari lubuk hati mahaguru ialah mahu mengaitkan video lucah yang sedang disebarkan UMNO itu dengan DS Anwar dan mahu mengesahkan bahawa pelakukanya DS Anwar berdasarkan (kononnya) hukum syariat Islam. Maka jawapan saya jugak akan merujuk kepada video itu.

Mahaguru 58: Sudah sekian lama kes ini berjalan tetapi disebabkan adanya sebahagian besar otak otak bebal dan ketinggalan zaman dari mereka yang menjadi penyokong taksub gila babi pemimpin berkenaan terus menimbulkan keadaan huru hara

Bahasa menunjukkan syaksiyyah, nilai sendirilah akan syaksiyyah penulis UMNO.

Mahaguru 58: Ustaz Kazim Elias ini dikatakan telah dipecat dari parti PAS baru baru ini kerana menentang arus dan tidak na’am na’am (hanya pak turut) seperti kebanyakan ahlul PAS yang lain seperti dilaporkan di blog ini.

Sepatah perkataan saja untuk dijawab, bohong!

Mahaguru 58:Nak tunggu sampai ada 4 orang saksi untuk menyabitkan pertuduhan zina memang agak mustahil.Selain dari melihat dengan mata kepala sendiri akan kemasukan zakar kedalam liang faraj bagi kesalahan zina dan kemasukan zakar ke dalam dubur seseorang didalam kesalahan liwat yang merupakan tuntutan kesaksian di dalam bab jenayah zina dan liwat berkenaan, boleh diterima bukti ‘Qarinah’ bagi menyabitkan sitertuduh di dalam mana mana kes berkaitan!

Tidak semua syariat Allah boleh ditentukan oleh akal sebab akal manusia lemah dan terbatas. Allah menentukan bahawa pengesahan seseorang itu berzina hanya boleh ditentukan oleh empat orang saksi yang yang adil yang menyaksikan secara terperinci akan perlakuan zina. Bolehkah ini berlaku kerana jika saksi tidak mencegah maka awal-awal lagi mereka sudah jatuh fasik? Jika ini mustahil berlaku, maka itulah ketentuan Allah yang menyuruh umatnya tidak beriya-iya menuduh seseorang berzina.
Sejak syariat itu mula diperkenalkan di zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini, belum pernah terjadi syarat ‘empat orang saksi yang adil’ itu dipenuhi. Namun siapa di kalangan manusia beriman yang berani menyanggah bahawa syarat yang dibuat oleh Allah SWT itu tidak betul?

Selain dari empat orang saksi yang adil, pembuktian zina hanya berlaku dengan sumpah atau pengakuan yang dibuat oleh pelaku bahawa dia melakukan zina. Hanya melalui cara kedua ini, pesalah zina disabitkan, ia pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Sebelum disabitkan dan dijatuhkan hukuman pun Rasulullah SAW pastikan betul-betul terlebih dahulu. Pastikan pelaku tidak berbohong, mentalnya okay dan macam-macam syarat lagi.

Mengapa kelihatan susah sangat Rasulullah SAW hendak menghukum? Sebab mengikut prinsip keadilan Islam, kesilapan seorang hakim membebaskan orang bersalah adalah lebih afdhal dari kesilapan menghukum orang yang tidak bersalah. Itu semua ajaran Islam.

Adakah dengan tindakan itu bermakna Islam membiarkan kemungkaran berleluasa? Tidak! Sebab apabila hukum Allah dilaksanakan maka Allah menjanjikan ‘Nakalamminallah’ (pencegahan dari Allah). Hakni yang UMNO tak reti nak pikiag. Bila PAS lulus undang2 hudud di Kelantan dan Terengganu BN Pusat ugut akan ambil tindakan terhadap negeri. (Takpa, isu itu kita bincang lain supaya dapat focus isu asal).

Mahaguru 58:Hukum Hudud hanya boleh dikenakan pada seseorang bila mana si tertuduh itu disabitkan dengan 2 cara:
1. ia berikrar mengaku berzina ;
2. kesaksian 4 orang yang tidak fasik mengaku melihat dengan jelas perlakuan zina tersebut dengan mata mereka sendiri ~ kemasukan zakar kedalam liang faraj wanita terbabit –


Ya, betul!

Mahaguru 58: Hukum Takzir pula boleh dikenakan pada individu tertuduh bila ada Qarinah ~ bukti penzinaan didalam bentuk fizikal sepertimana diterangkan Ustaz Kazim secara terperinci didalam video diatas.

Ini yang tak betul. Dalam Islam pertuduhan zina hanya dimasukkan dalam hudud, tidak boleh sama sekali zina dimasukkan dalam takzir. Jika zina tidak dapat dibuktikan mengikut dua cara di atas, maka buang kes. Mahkamah syariah di Malaysia yang menjalankan hukum takzir menggunakan tuduhan ‘khalwat’ atau ‘muqaddimah zina’ namun sama sekali tidak menggunakan tuduhan zina. Dalam ceramah Kazim Elias tu dia tak sebut dengan jelas isu ini, tapi kalau ada peluang bertanya dia sila ajukan soalan: Jika hukum takzir dan qarinah mengikut takzir hendak digunakan (setelah gagal dapatkan 4 saksi yang adil) adakah tuduhan hendak dikekalkan sebagai tuduhan ZINA juga? (tanya jangan tak tanya).

Kalau Kazim Elias takutkan Allah, dia akan jawab 'tuduhan zina tidak boleh dibuat di bawah takzir, zina hanya mengikut hudud'. Tapi kalau Kazim nak jaga periuk nasi, nak jagi kedudukan politik abang dia.. maka jawapan sebaliknya akan diberikan... Elok tanya dia dulu, baru buat kesimpulan.

Mahaguru 58:Nah, apakah dia lagi muslihat para pemimpin pembangkang yang cuba menidakkan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh didalam kes video yang melibatkan individu yang dikatakan adalah Ketua Pakatan Pembangkang berzina dengan pelacur China terbabit?

Hukum sudah jelas bahawa tuduhan zina tidak boleh disabitkan dengan video sebagai qarinah. 4 orang saksi yang adil sekalipun mesti lihat dengan jelas macam ‘keris masuk dalam sarung’, apatah lagi video hitam putih yang kelabu serta tidak menunjukkan ‘keris masuk dalam sarung’. Hakikatnya, video itu sendiri dah tak boleh jadi saksi/bukti zina maka apa-apa yang berkaitan dengan video tak payahlah dibincang.

Timbul persoalan, takkan Islam tolak teknologi moden? Jawapnya, ada hukum fiqh yang boleh berubah ikut suasana dan situasi, terutama soal furuk. Tapi hudud (had) Allah tetapkan (hadkan) hukuman dan syaratnya dalam Al-Quran. Macam Allah haramkan makan babi, teknologi moden yang boleh mematikan kuman dalam babi dan membersihkan daging babi macam mana pun tidak dapat menghalalkan apa yang Allah telah tetapkan pengharamannya dalam Al-Quran.

Siapa berani kata sewaktu cipta hukum hudud dulu, Allah tak tahu bahawa akan wujud video suatu hari nanti (wal’iyazubillah), sesat pandangan itu. Allah Maha Mengetahui apa yang Dia buat dan tetapkan dalam hukum, jangan banyak komplen.

Aspek lain, teknologi moden memang canggih tapi kecanggihan itu juga boleh diguna untuk menipu. Andainya lepas ini ada video pelakon mirip2 muka Najib dok buat onar, adakah dengan mudah kita boleh sahkan bahawa ‘Najib sah berzina’ sebab Kazim Elias sahkan video boleh jadi bukti menurut Islam?

Mahaguru 58: Memang terbukti sudah bahawa Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang cuba kelepiak diri dari turut bersama kebanyakan orang lain didalam bersetuju bahawa bukti didalam bentuk video yang menunjukkan sipelaku zina itu boleh diterima pakai didalam bab kesaksian ‘Qarinah’ :

Siapakah ‘kebanyakan orang lain’ it? Hanya orang yang sesat saja yang berani menyanggah hukum Allah yang menerima video sebagai bukti zina.

Mahaguru58: Mana ada 4 orang saksi yang bukan fasik dizaman mana sekalipun yang sanggup tunggu membiarkan mana mana pasangan bukan muhrim untuk berzina ; tunggu sampai zakar sipenzina masuk ke liang faraj pasangannya sebelum mereka bertindak menangkap pasangan tersebut?

Adakah mana mana pak lebai, pak haji, abang masjid, kapten surau, amir sahab, alim ulama, warak first class sanggup jadi mat skodeng, pergi ke sana sini, tunggu mengendap orang orang yang nak bermaksiat?

Kalau ada, maka dia bukan boleh diterima sebagai orang yang bukan fasik sebab dia sudah berniat tak baik, mahu membiarkan maksiat dan zina berlangsung dahulu dan tidak mencegah kejadian haram itu terlebih dahulu!!!


Kena faham elok-elok hikmah Allah menetapkan 4 orang saksi yang adil yang menyaksikan dengan terang. Tidak semua syariat Allah boleh ditentukan oleh akal sebab akal manusia lemah dan terbatas. Allah menentukan bahawa pengesahan seseorang itu berzina hanya boleh ditentukan oleh empat orang saksi yang yang adil yang menyaksikan secara terperinci akan perlakuan zina. Bolehkah ini berlaku? kerana jika saksi tidak mencegah maka awal-awal lagi mereka sudah jatuh fasik. Jika mustahil untuk membuktikan zina melalui 4 orang saksi, maka itulah ketentuan Allah yang menyuruh umatnya tidak beriya-iya menuduh seseorang berzina.

Sejak syariat itu mula diperkenalkan di zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini, belum pernah terjadi syarat ‘empat orang saksi yang adil’ itu dipenuhi. Namun siapa di kalangan manusia beriman yang berani menyanggah bahawa syarat yang dibuat oleh Allah SWT itu dengan mengatakan tidak betul?

Selain dari empat orang saksi yang adil, pembuktian zina hanya berlaku dengan sumpah atau pengakuan yang dibuat oleh pelaku bahawa dia melakukan zina. Hanya melalui cara kedua ini, pesalah zina disabitkan, ia pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Sebelum disabitkan dan dijatuhkan hukuman pun Rasulullah SAW pastikan betul-betul terlebih dahulu. Pastikan pelaku tidak berbohong, mentalnya okay dan macam-macam syarat lagi.

Mengapa kelihatan susah sangat Rasulullah SAW hendak menghukum?

Islam adalah agama yang menjaga maruah, terutama isu yang melibatkan zina. Tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh zina seseorang berzina, ia melibatkan maruah. Mengikut prinsip keadilan Islam, kesilapan seorang hakim membebaskan orang bersalah adalah lebih afdhal dari kesilapan menghukum orang yang tidak bersalah. Itu semua ajaran Islam.

Dalam Islam ada persoalan qazaf. Kemudianlah kita bincang bab qazaf, bagi faham bab zina dulu.

Mahaguru 58: Akai taruh mana syeikh?

Persoalan furuk boleh pakai akal. Persoalan kehidupan seharian pun boleh, bahkan kena guna akal tapi hukum yang qat’ie yang dah putus, dah sah.. itu tak boleh guna akal. Ikut saja apa yang Allah tetapkan.

Mahaguru 58:Sembang bagai nak rak mempertahankan yang mungkar??? Tak malukah nanti untuk menjawab di Yaum al Mahsyar???

Ulamak PAS tidak pernah bersembang bagai nak rak untuk mempertahankan mungkar, yang ada untuk mencegah mungkar. jangan nampak zina saja mungkar, tuduh berzina (qazaf) pun mungkar termasuk dosa besar.

Sebab takut malu nanti di akhiratlah kita jangan senang-senang memalukan orang lain dengan tuduhan zina. Kalau boleh bawa 4 saksi ikut syariat, ayuh teruskan usaha cegah mungkar.. itupun melalui saluran hukum Islam yang betul. Tapi kalau gagal, lebih baik diam, selamattt, kerana jika kita menutup keaiban saudara Muslim maka Allah akan tutup keaiban di akhirat. (Kazim Elias tak ajar ke hok ni?) Malu di akhirat bukan macam di dunia, ikut cerita tok-tok guru (bukan mahaguru) habis luruh daging dan kulit akibat malu di akhirat. Nak cuba jugak, terpulang…

Nasihat terkahir: Jangan akibat kebencian meluap2 terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim maka hukum Allah disorong tarik dan di kona-kona ikut nafsu serakah UMNO. Tak besar sangat habuan dunia berbanding azab Allah di hari akhirat. Semoga Allah memberi taufik hidayah kepada kita semua, jauh dari api neraka.

Warta Darul Aman

Arkib