Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, June 22, 2011

Undang2 bikinan manusia tak mendidik... Islam terus ditolak

Oleh: SERIKANDI MUJAHIDAH

Lagi-lagi menghina Islam. Undang-undang lansung tak mendidik. Dah cantik termaktub dalam perundangan Islam tak mau ikut. Maka tak hairanlah kalau maksiat berleluasa. Kalau dapat cekup pun hukuman tak seberapa. Lansung tak menggerunkan pesalah, habis sangat malu..tu pun lama mana..

Serikandi tersentuh dengan satu berita mengenai seorang bapa yang bersedudukan dengan anak sendiri sehingga melahirkan anak seramai tiga orang. Anak pertama dah berusia enam tahun, bayangkan berapa lama mereka hidup dalam kemaksiatan. Bapa sepatutnya menjadi penyelamat anak-anak bukan penjahaman kepada anak-anak.

Syukurlah dah dikesan dan ditangkap tapi Serikandi kesal dengan hukuman yang diterima,memang menghina Islam sungguh. Maksiat yang nyata, terang-terangan hingga lahir anak haram (yang tentu rumit kedudukannya…cucu pun ya…anak pun ya..) tapi hukuman tak mendidik lansung. Hukuman kepada si bapa denda RM2,500 dan setahun enam bulan penjara, kalau gagal bayar denda tambah enam bulan lagi menjadikan dua tahun dipenjarakan. Si anak didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.

Wah! Wah ! Wah !...tujuh tahun menjadikan anak tempat melepaskan nafsu syaitan hingga melahirkan tiga orang anak..setakat itu sahaja hukumannya. Tak hairanlah….perkara seumpama itu semakin menjadi-jadi dan orang lansung tak gentar melakukannya.

Harga motor second-hand pun mahal dari denda tersebut. Apalah nak jadi dengan Malaysia Tanah Airku…….!

Warta Darul Aman

Arkib