Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 16, 2011

Inilah yang dikatakan jahil murakab penganut ajaran UMNO




Kartun di atas dicipta oleh penganut ajaran Umno boleh mengelirukan umat Islam berhubung isu zina dan rogol. Ia menggambarkan seolah-olah pembuktian kes rogol mestilah melalui 4 saksi, itu tidak betul. Keperluan terhadap 4 orang saksi yang adil hanya untuk kes zina dalam hudud.Dalam Islam pertuduhan zina hanya dimasukkan dalam hudud, tidak boleh sama sekali zina dimasukkan dalam takzir.

Adapun untuk kes rogol ia hendaklah dihukum di bawah takzir, pembuktian untuk kes rogol boleh apa saja; DNA, video, CCTV, tilam, air mineral.. ambillah apa saja pun semua boleh asal relevan. Hukum takzir sudah berjalan di Malaysia di bawah Penal Code tapi hukum hudud tidak pernah.

Apabila Presiden PAS DS Abd Hadi Awang berkata "video hanya besi, tidak boleh jadi saksi" dia merujuk kepada tuduhan zina yang dibuat oleh pihak tertentu terhadap Anwar. Dia tidak merujuk kepada kes rogol. Bukan persoalan beliau hendak mempertahankan Anwar, kalau siapa pun penentuan hukum Allah tetap sama. Allah yang tetapkan syarat tu dalam Surah Annuur, bukan PAS tetapkan.

Zina dan rogol tidak sama. Ini persoalan pokok yang penganut ajaran UMNO tidak faham. Zina berlaku suka sama suka tapi rogol berlaku secara paksa.

Kalau nak hurai bab ROGOL dan ZINA ni panjang.. cukup dulu penganut UMNO faham perbezaan asas itu, jangan suka-suka hati nak 'kartunkan' hukum yang Allah tetapkan kerana ia boleh menyebabkan Islam itu dipersendakan. Akibatnya orang boleh murtad akibat termakan dakyah itu.

Jadi berhati-hatilah...

Warta Darul Aman

Arkib