Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 30, 2011

UMNO macam musang bertopengkan bulu ayam

Oleh: PUTERI BULAN

Semakin meraban-raban UMNO/BN dok buat kenyataan pasal himpunan Bersih 2.0. Sekali dengar rasa takut…dua kali dengar…nak tergelak…tiga kali dengar..sah dan jelas UMNO/BN ni penakut.
Mula-mula buat cerita boleh cetus huru-hara. Lepas tu hebah pula, boleh ganggu perniagaan, menakutkan pelabur asing, boleh pecah belah, merosakkan harta awam, buat fatwa haram sertai dan guna pula istilah perhimpunan haram, rakyat diperguna oleh Anwar Ibrahim… last-last kata pula ada penyertaan dari komunis. Gelak besar Puteri….dah tak ada modai UMNO/BN nie ..
Puteri suka dengar peribahasa ciptaan Karam Singh Walia, BILA MUSANG BERTOPENGKAN BULU AYAM…(asalnya musang berbulu ayam)…peribahasa tu bolehlah Puteri tujukan kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tunjuk baik dan perihatin kat rakyat tapi sebaliknya menzalimi rakyat.
Siapa sangka sang ketua puteri UMNO Jerlun dan setiausaha UMNO Jerlun digugurkan jawatan. Bukan Puteri nak bela depa..tapi dah ada media yang mengeluarkan kenyataan mereka ni dah kahwin di Thailand, ada suku sakat mereka yang cemburu dan nak buat honaq (bahasa kedah) kat dua orang ni. Kalau dah kahwin, kenapa hukum pula. KONFIUS..laa...Puteri bukan apa, tak baiklah dok fitnah orang tak menentu.
Tak tau laa..Puteri rasa UMNO/BN ni dah banyak celaru. Depa celaru..lepas tu ajak orang celaru sama. Depa celaru pasai pencapaian kerajaan negeri kedah..depa kata rakyat kedah celaru. Tok Aziz adinda Tok Kader Sheikh Fadhil sebelum jumpa Ustaz Azizan..lain rentak cakapnya tapi bila dah jumpa..angguk macam pok ke…apa yang Ustaz Azizan cakap. Tak ada uhg..tak ada ahg..
Satu lagi, UMNO/BN ni pernah keluar kenyataan (puteri guna istilah ni pasai depa cakap dalam televisyen) bahawasanya, orang-orang yang menyertai demontrasi ini merupakan orang-orang yang tidak bertamadun. Wah…..hebat pula istilah yang mereka bagi tu..tup2..tup2 menang pakatan rakyat kat Pulau Pinang..puak-puak UMNO buat demontrasi depan KOMTAR kononnya kerajaan pulau pinang menyisihkan hak-hak orang melayu. Ha! Ha! Ha!..ludah ke langit…junam kat hidung sendiri…
Oleh itu, kalau PEKASAM nak join bersih 2.0, pemuda UMNO yang join Bersih 2.0..fikir-fikirlah..nanti kau orang semua dicop orang yang tak bertamadun. Orang-orang Puteri tak kisah..sebab bukan tok ketua Puteri yang cakap begitu.
Bagi Puteri apa saja yang UMNO/BN tohmah dan fitnah tentang himpunan Bersih 2.0..ianya tidak akan jejaskan komitmen rakyat untuk sertainya..ibarat budak-budak..semakin dilarang semakin nak buat, kalau sering sangat ditakut-takutkan..akhirnya jadi tak takut atau dikongkong sangat…sekali memberontak boleh runtuh rumah. UMNO…hampa tak boleh dah nak sekat rakyat. Rakyat dah cemuih dengan UMNO…..berpijaklah kepada bumi nyata…

Warta Darul Aman

Arkib