Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, June 29, 2011

Tok Bashah jenoh kelupog

Oleh: Lang Tok Teh


Dulu mana pernah dok dengag Kafalah, sejak Kedah diperintah oleh pakatan rakyat baru dengag kafalah. Kafalah tu menatang apa? Sebahagian rakyat tak tau Kafalah tu menatang apa Tok Bashah lagi la tak tau kafalah tu menatang apa.
Kafalah tu dalam manifesto pakatan rakyat PRU12 pun mana ada sebut. Kafalah yang tak dak dalam manifesto pun kerajaan pakatan rakyat bagi, bukan kah ini merupakan satu pencapain  bonus, yang rakyat kedah dapat  termasuk orang umno pun dapat, penyokong kuat Tok Bashah pun dapat.
Masa ada peluang dulu pasai apa umno tak buat menatang ni? Nampak sangat umno mana pikiag  tentang kebajikan rakyat. Tok Bashah nak kata apa lagi.
Tok Bashah  nampak gelabah sangat dengan buku  pencapaian  kedah sejahtera. Contoh  Hasil balak setiap tahun meningkat,laporan peningkatan hasil balak bukan boleh muhong, laporan audit Negara 2009 hasil pengurusan hutan kedah meningkat 205%. 
Pasai balak ni Tok Bashah nak belit rakyat kedah lagu mana.Kepada pemberita, Tok Bashah kata, dia masih ragu-ragu tentang apa yang terkandung dalam buku tersebut,dia bagi tahu kepada pemberi, dia akan tanya dalam siding DUN pada bulan Julai ni tentang apa yang terkandung dalam buku tersebut. Tiba–tiba esok didapati ada satu risalah bertajuk Kedah Tertipu, kandungan dalam risalah tersebut mengandungi fitnah, pembohongan jahat terhadap kerajaan pakatan rakyat. Lalu beberapa ahli Pas Alor Setar membuat repot polis berkenaan risalah  tersebut. Belum pun polis sempat  menyiasat siapa penerbit risalah tersebut, Tok Bashah dan Othman Aziz dah buat penafian, mengatakan umno tidak terlibat dengan cerita-cerita fitnah  yang terkandung dalam burisalah itu. Orang yang pi buat repot tu pun mana ada tuduh umno buat.Tapi semua yang baca risalah haram itu mengatakan ini kerja umno, kerja fitnah lagu ni, kerja buat umno,  Dalam buku pencapaian kedah sejahtera juga menyebut, hutang-hutang  kepada pemain bolasepak kedah sebanyak 5 juta  semasa Tok Man Aziz jaga KFA, dah pun kerajaan pakatan rakyat selesaikan. Boleh beli bas lagi.
Nak selesai hutang KFA, mana ada sebut dalam manifesto PRU 12, tapi semua ini dilakukan atas dasar rasa tangungjawab. Paling syok, pakat-pakat mai sidang dewan bulan julai ni,kita tengok macamana Tok Bashah kelupog

Warta Darul Aman

Arkib