Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, June 22, 2011

"Takleh jadi calon, saya tanding bebas..." -Ustaz Fadhil Hanafi

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

"Takleh jadi calon (BN), saya tanding bebas..."

Itu ayat paling popular keluar dari mulut mantan ADUN Alor Mengkudu Ustaz Fadhil Hanafi yang dijaja di mana-mana. Satu Alog Setaq dah tau cakap tu. Agaknya kalaulah nama FH memang tersenarai untuk calon BN Alor Mengkudu,sapa-sapa pemimpin BN yang dengar cakap macam tu (nak jd calon bebas) maka eloklah la la tu juga cadangkan nama FH direject dari senarai kerana itu cakap orang yang tiada jati diri UMNO dan berjuang untuk kepentingan peribadi. Biaglah dari awal UMNO tolong ishtihar FH sebagai calon bebas.

Ingat masa PRU ke 12 lalu, ramai tak tau mai aku nak cerita. Malam hari penamaan calon, bila tau nama dah tak tersenarai sebagai calon BN, FH jaja cerita seluruh dunia akan umum keluar UMNO masuk PAS. Dia memerapkan diri kat pejabat @ kompleksnya di Kelompang, Tok Keling. Semua pemimpin UMNO mai nak pujuk dia tak mau jumpa. Talian telefonnya dimatikan terus.

Dato' Mahdzir Khalid MB dah gelabah bewak. Dia hantaq wakil pi berunding, akhirnya FH bersetuju untuk bersemuka dengan Tok Det. FH pun diangkut pergi jumpa Tok det. Demand punya demand, akhirnya Tok Det setuju tuntutan 'mut-ah' FH iaitu RM300 ribu tunai, untuk elak dia protes dan isytihar masuk PAS.

FH dapat RM300 ribu cengkoi cabut lari pi kempen BN belah Kulim sana, walhal sepatutnya dia kempen kat Alor Mengkudu. Anehnya penyokong-penyokong FH di Alor Mengkudu dapat 'arahan khas' dari jauh suruh pangkah Dr. Ismail Salleh calon PAS.

Sekarang FH dah jadi orang kaya; kat Kelompang tu ada kompleksnya sendiri siap dengan deretan rumah kedai, restoran, kolam ternakan ikan, rumah burung walit, pertanian dll.

Yang nak habag bagi kat orang UMNO ialah: Mokalu nak main politik kena cerdik macam FH, jangan betoi bendoi sangat kerja teruk dapat habuk. Tengok sekali FH gejut Tok Det.. dapat cashhh abangg.

Tengok pulak para pemimpin PKR dok maki UMNO siang malam bertahun-tahun... Ezam Md Noor, Zul Nordin, Gobala, Zamil.. laa ni apa jadi kat depa? kaya raya abangg. Offer yang standard untuk semua pemimpin utama PKR 4 perkara: 1. Settle hutang walau banyak mana sekalipun 2. Kalau ada sangkut2 kes polis, SPRM, mahkamah dll semua akan settle 3. RM ca$hhh ikut demand banyak mana (tang ni ada tawar menawar) 4. Nak status jawatan, pangkat, gelaran.. Senator ke, Datuk ke...

Puak2 UMNO yang dok berjuang berpuluh tahun dalam UMNO dapat apa? Yang dapat tu dapatlah.. yang rapat dengan kroni buleh, yang dok pacu media kedua hantam Anwar dan PR dapat gak RM3000 sebulan (itu pun yang berdaftar dengan depa saja).. yang lain-lain tu masuk angin keluaq asap, kata P. Ramlee.

Jadi kepada rakan2 UMNO yang tak dapat apa tu, elog keluaq UMNO mai pakat joint kami dalam PAS. Kita berjuang menegakkan kebenaran, mewujudkan dasar kebajikan untuk rakyat, mendaulatkan Islam, menentang kezaliman UMNO/BN; kita buat dengan ikhlas kerana Allah, mokalu tak dapat apa atas dunia pun..insyaAllah kat akhirat akan dapat ganjaran.

Warta Darul Aman

Arkib