Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 16, 2011

Pusat sembelih babi Kampung Berjaya akan dibina semula?

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

MK berdoa agar apa yang didengar di hujung telinga ini tidak menjadi kenyataan. Kononnya... iaitu jika BN berjaya tawan semula Kedah maka pusat sembelih babi di Kampung Berjaya akan dibangunkan semula.

Menurut sumber, itu antara beberapa janji yang dibuat oleh UMNO dalam perbincangan sulit mereka dengan MCA dan Gerakan dalam usaha mengembalikan sokongan masyarakat Cina untuk merampas Kedah.

Pusat sembelih babi Kampung Berjaya itu telah dirobohkan oleh kerajaan PAS ekoran bantahan orang ramai dari pelbagai kaum di sekitar kawasan tersebut akibat pencemaran yang diakibatkan dari kandang tersebut. Ia lebih-lebih lagi mendapat bantahan dari masyarakat Melayu yang tinggal tidak sampai kira-kira 100 meter dari tempat tersebut.

Walaupun berpuluh tahun kandang babi itu wujud berhampiran kampung Melayu tetapi UMNO sewaktu jadi kerajaan tidak berani untuk meruntuhkannya akibat TAKUT dengan gertakan MCA dan Gerakan.

Satu lagi tuntutan MCA dan Gerakan yang dipercayai akan ditunaikan oleh UMNO Kedah ialah akan mengembalikan kuota pemilikan perumahan oleh Bumiputera dari sekurang-kurang 50% (dasar baru kerajaan PAS kini) kepada hanya 30% ikut kuota lama.

Jika benar maklumat tersebut maka MK nak ucapkan 'TAHNIAH' kepada UMNO yang siang malam dok jaja propaganda kononnya PAS gagal pertahan hak Melayu/Islam.

"Undilah BN untuk sebuah kandang babi" (ni buleh buat slogan baru BN nak tawan Kedah)

Warta Darul Aman

Arkib