Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, June 12, 2011

‘Pintu hati ahli PAS sudah tertutup rapat!’ Mengapa…?

Oleh: Pak Dee Jantan

Pak Dee rajin juga meneliti makalah-makalah maya UMNO mutakhir ini. Isu yang ditonjolkan berlegar di sekitar persoalan yang sama, cuma bahasanya sahaja yang diolah-olah dan diubahsuai. Isu yang popular yang tak dilupakan tentulah video lucah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan dilakonkan oleh seorang pelakon Siam yang mempunyai mirip muka beliau.

Mereka begitu terdesak dalam mengasak dan meyakinkan rakyat bahawa orang itu ialah Anwar. Mungkin bagi mereka itulah satu-satu cara untuk menyekat kemaraan rakyat menumbangkan BN. Cara lain semuanya gagal setelah berusaha selama 13 tahun. Sebaris ayat power yang sering kita jumpai dalam makalah maya pecacai UMNO itu ialah ‘pintu hati ahli-ahli PAS sudah tertutup rapat untuk mempercayai kebenaran bahawa orang itu ialah Anwar’.

Mak oii… garu kepala Pak Dee dibuatnya. Selama ini kita mendengar perihal golongan yang mengengkari ayat-ayat Allah dengan mencabar hukum Allah serta tidak percaya akan hari akhirat. Golongan yang ‘hatinya tertutup rapat’ ini ada di sebut dalam Al-Quran.

Tup tup puak-puak pecacai UMNO di alam maya ni guna istilah golongan yang ‘hatinya tertutup rapat’ tu untuk merujuk kepada golongan yang tidak percaya akan video lucah. Apakah mereka nak menganggap video lucah setaraf dengan Al-Quran (wal’iyazubillah) sehingga wajib dipercayai dan bila tak percaya akan video lucah itu maka, ini golongan yang tak ‘terima hidayah’?

Astaghfirullahalaziiim apa nak jadi puak-puak ni. Sesat dan menyesatkan orang lain.

Mereka juga tanpa rasa berdosa menyediakan clip video lucah tersebut dalam makalah maya, boleh diakses atau download bila-bila masa saja. Berapa ramai orang yang menontonnya maka sebanyak itulah dosa yang mereka tanggung. Lebih malang lagi kalau ada yang terdorong melakukan maksiat hasil dari menonton video itu, maka merekalah penerima sahamnya. Ya Allah, sanggup depa nak duduk dalam api neraka di akhirat akibat dosa yang dipanjangkan itu.. wal’iyazubillah.

Mereka menggunakan ayat ‘membuktikan kebenaran’ untuk menghalalkan segala yang Allah SWT haramkan. Semoga mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Warta Darul Aman

Arkib