Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, June 26, 2011

Minum ayaq ketum kena pecat, teguk arak camna pulak?

Oleh: SERIKANDI MUJAHIDAH

18 orang pengerusi dan setiausaha JKKP di sembilan cawangan dalam bahagian Pokok Sena di sekat elaun mereka kerana kononnya mereka ini peminum tegar air ketum. Hebat juga UMNO Pokok Sena ni kerana mengambil tindakan tegas kepada penagih air ketum.

Maka 18 orang tersebut membuat penafian sekeras-kerasnya mengenai dakwaan bahawa mereka adalah peminum tegar air ketum. Serikandi tak mau komen apa-apa tentang mereka 18 orang ni. Rasanya ianya bukan hal Serikandi cuma yang Serikandi nak komen dan kaitkan isu ni mengenai perkara yang lebih besar dari minum air ketum.

Kalau dah tindakan tegas kepada peminum air ketum boleh dibuat maka janganlah lupa tindakan yang sama dibuat kepada pimpinan UMNO yang suka-suka teguk air haram ARAK. Kenal pasti mereka-mereka ini, jangan bagi peluang menjawat apa-apa jawatan dalam UMNO. Jangan bagi chance mereka jadi calon dalam pilihanraya. Serikandi rasa barulah adil.

Kalaulah itu menjadi salah satu etika UMNO mempastikan pimpinan mereka samada di peringkat kampung hingga bandar-bandar besar. Tapi janganlah hanya IKAN BILIS diambil kira….JERUNG buat-buat lupa….

Warta Darul Aman

Arkib