Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 9, 2011

Mengapa tak dakwa Anwar di mahkamah syariah isu video sex?

Oleh: Mid Panah

Ustaz Kazim Elias adik kepada ADUN BN Perak, Najmudin Elias berceramah sakan pasal hudud dan zina. Sebahagian besar hujah dia bagi tu betul... cuma ada 1 perkara tak betul dan 1 tak jelas.

Tak betul apabila dia berkata 'rogol itu zina'. Sebenarnya berbeza. Rogol berlaku secara paksaan manakala zina suka sama suka. Dalam Islam zina dibicara dan dihukum (jika bersalah) mengikut hukum hudud, manakala rogol mengikut hukum takzir. Zina mesti syarat 4 orang saksi yang adil manakala rogol boleh guna apa-apa bukti yang munasabah eg. DNA, video, keterangan saksi dan sebagainya. Tak tahulah pulak kalau dia maksudkan 'rogol itu zina' dari segi teknik berlakunya... uk uk uk bla bla bla.

Satu yang tak jelas ialah apabila dia berkata zina tak mesti syarat 4 saksi tapi dengan bukti (qarinah) pun boleh terima, tapi katanya, tak boleh dihukum hudud tetapi hukum ikut takzir. Betul tu, tapi yang Ustaz tu tak bagitau (ini yang kata tak jelas) bila nak bicara/hukum ikut takzir maka dakwaan tidak boleh lagi atas nama ZINA sebab zina hanya pertuduhan dalam hudud. Sebab itu mahkamah syariah (yang menggunakan hukuman takzir) di Malaysia guna dakwaan 'muqadimah zina' atau 'khalwat'. Depa tak guna dakwaan 'berzina'.

Jadi kenyataan Ustaz Abdul Hadi Awang bahawa video tidak boleh dijadikan bukti untuk menuduh seseorang itu berzina adalah betul dan menepati syariah Islam.

Apa yang ditulis ini tidak merujuk semata-mata kepada kepada kes video yang didakwa pelakunya Anwar Ibrahim. Kalau nak rujuk juga kepada video tu maka, selepas siasatan polis dijalankan dan ada prima facie kata pelaku (bukan pelakon) tu Anwar maka dakwalah dia mengikut mana-mana peruntukan undang-undang yang ada di mahkamah syariah atau di mahkamah sivil.

Adakah Anwar akan didakwa di mana-mana mahkamah berhubung video sex hitam putih yang kelabu itu? Aku rasa tidak, kerana UMNO/BN bukan serius nak cari kebenaran tetapi lebih kepada mengaibkan manusia bernama Anwar demi kepentingan politik.

Warta Darul Aman

Arkib