Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, June 14, 2011

Malaysia maju & kaya; Penoreh Pun Pakai Ferrari

1.Kalau pelancong asing mai melawat Malaysia tentu mereka terkejut ternampak kereta Ferrari di celah-celah kebun getah. Untuk makluman, itu pemandangan biasa di Malaysia sejak Be End merapu meraban memerintah lebih 50 tahun lalu.

2. Bukan setakat penoreh, petani dan nelayan pun mewah-mewah. Yang pakai Roll Royce pun ada. Setakat Alphard tu depa guna bawa pi menjala saja la.

3. Tang duit ringgit jangan dok cerita. Orang Malaysia la ni mewah sangat-sangat. Tidoq pun kut atas duit saja. Maklum la, cukai tak payah bayaq, parking tak payah bayaq, duit ayaq tak payah bayaq. Semua kerajaan Be End tanggung.

4. Harga barang pun di sini tak macam di negara lain. Kerajaan Be End pandai, tak macam kerajaan India. Depa bagi macam-macam subsidi untuk tampung kenaikan harga barang. Tu pasai petrol di sini 50% lebih murah daripada di tempat lain. Gula, susu, beras, jangan cerita la. Bawak RM10 pi kedai, dah boleh angkut balik berkampit-kampit, bertin-tin dan berkilo-kilo.

5. Malaysia memang makmur. Peluang kerja ni punya la banyak. Budak-budak tingkatan tiga, empat, lima pun semua dah habis di'chupp' dan ditunang oleh pelbagai agensi dan firma. Siap bayaq separuh gaji dah. Habis belajar sikit lagi, terus masuk kerja.

6. Warga tua lagi senang. Duduk batuk atas pelenggaq saja pun boleh dapat elaun ribu-ribu sebulan Be End bagi.

7. Tang urustadbir, jangan cerita lagi la. Memang A tujuh kali plus punya. Apa-apa urusan boleh selesai dalam masa seminit dua saja. Kakitangan kerajaan Be End semua efisyen. Jangan harap la nak tengok depa tuang (ponteng) ka, minum atau sembang pada waktu kerja ka, tidur dalam majlis ka...takdak punya.

8. Bab demokrasi, tak boleh lawan Malaysia ni. Anda boleh kata apa kat sapa-sapa saja. Nak tunjuk perasaan bila-bila masa pun ok. Nak berarak sampai penuh jalan tujuh hari tujuh malam pun tak pa. Kalau nak buat buku ka, suratkhabar ka, senang. Tak payah permit. Dah tu, nak maki sapa, nak hasut sapa, semuanya tak pa.

9. Maksiat? Jangan dok sebut. Benda macam tu takdak langsung di Malaysia ni. Pusat hiburan dah lama dah dibungkuih. Kedai ekoq dah lama dah diperintah tutup. Ayaq ketum dengan namdot pun dah lama tak nampak bayang.

10. Budak-budak muda di Malaysia semua bagus-bagus. Takdak kaki rempit. Takdak pakai tak tutup aurat. Takdak yang dok berkepit-kepit. Takdak nak lepak-lepak. Setengah tu, sambil naik motor pun depa mengaji.

11. Pemimpin-pemimpin kerajaan BN ni lagi la sakan. Depa semua berjiwa rakyat habis-habisan. Takdak la yang nak membaziaq dan menunjuk-nunjuk. Pi opis naik Kancil atau Kelisa saja. Rumah pun lekeh-lekeh. Elaun ambik tak sampai suku, yang lebih tu bagi balik kat rakyat. Kain baju pun pakat beli kut kedai bundle saja.

12. Jadi, silap la kalau sapa-sapa kata Malaysia tak kaya raya, orang tu memang nak kena...dan kalau ada sapa-sapa kata Malaysia bermasalah, orang tu memang dah TERKENA!

(Catatan ini diplagiat dari blog Jom Godam... nak habag bagi kalau takat nak kata kat orang, kutuk2, sindir2 tanpa fakta bukan payah.. main tukaq perkataan saja. Cuba lagi...)

Warta Darul Aman

Arkib