Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 9, 2011

Lima pelajar KUIN digantung dipelawa masuk Universiti UMNO

Oleh: Mid Panah

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendakwa, isu lima pelajar KUIN digantung tu gagal diselesaikan sebab Menteri Besar, YAB Azizan Abdul Razak tak faham Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Badan yang menjadi lembu tunggangan UMNO itu turut menyalahkan PAS sebab gagal menasihatkan Azizan dalam isu tersebut.

Amboi bunyi kenyataan tu sebijik macam, keluar dari mulut UMNO. Mid nak cadang, budak 5 orang tu toksah dok rayu-rayulah. Berhenti mengaji kat KUIN lepas tu, mohon masuk Universiti UMNO yang Mukhriz cadang nak buat tu.

Masa tu hangpa nak buat demo siang malam pagi petang pun, KUIN tak peduli dah. Dah hangpa rasa orang lain semua tak betoi, hangpa saja betoi hasil tarbiyah UMNO yang berprinsip 'UMNO sentiasa betul' pihak lain semua tak betoi dan sesat barat belaka.

Maaf Tok Senapi (boss Mid Panah) kalau komen2 kawey ni tak menepati realiti, sebab Mid dan benci bonar dengan segelintir puak-puak Insaniah yang tak abih-abih nak buat kerenah lantaran termakan hasutan UMNO untuk memburukkan imej kerajaan negeri.

Warta Darul Aman

Arkib