Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 30, 2011

KPN berhentilah mengugut rakyat, ni bukan zaman darurat

Oleh: Tok Non

Ketua Polis Negara akan bertindak tegas untuk mempastikan perhimpunan Bersih 2.0 tidak jadi kenyataan. Ancaman dibuat dalam kenyataannya khusus mengenai himpunan Bersih. Tok Non pun tak tahu sama ada ketua polis sekog ni faham undang-undang atau saja nak ikut telunjuk UMNO.

Untuk maklumat KPN perhimpunan aman yang diadakan di mana-mana adalah terjamin dalam peruntukan Perlembagaan negara. SUHAKAM sendiri mengesahkan bahawa himpunan aman Bersih tidak menyalahi undang-undang dan hendaklah dibenarkan.

Himpunan Bersih 2.0 sama saja dengan Himpunan Sejuta Belia anjuran kerajaan BN yang diadakan di Putrajaya (kehadirannya cuma 10 ribu orang). Ia tidak membawa kekecohan apa-apa sebab niat orang yang datang ialah nak berhimpun secara aman dan santai. Selalunya punca kekecohan ialah provokasi dari pihak polis yang menembak gas pemedih mata dan air kimia.

Hari ni polis sudah bertindak melampau hinggakan orang pakai baju kuning pun diseret ke balai polis. Mereka bersalah di bawah undang-undang apa? Polis terpaksa jadi 'gila' kerana bertindak secara buta tuli mengikut arahan politik UMNO.

Hari ini rakyat rata-rata berpelajaran, bukan tahun 60an. Rakyat tahu hak dan undang-undang. Jangan nak buli rakyat dengan kuasa dan gari. Jadi Tok Non nak ingatkan polis janganlah angkuh sangat nak buat sesuka hati terhadap rakyat bawahan demi membantu mengekalkan kuasa UMNO Be End yang sedang sakit tenat, menunggu hari untuk mati.

Warta Darul Aman

Arkib