Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 30, 2011

Konon BN anti komunis, tapi perangai BN macam komunis

Oleh: Tok Non


Hebah satu Malaya kononnya penganjur Bersih sudah diresapi fahaman komunis. Puncanya apabila kumpulan Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkempen ajak rakyat sertai Bersih 9 Julai nanti. Mereka ditangkap disumbat dalam lokap. Media BN pun tuduh, fitnah dan hentam macam-macam sedangkan mereka di dalam lokap tidak mampu membela diri dan beri penjelasan yang sebenarnya.

Mereka dituduh cuba hidupkan fahaman komunis, sebabnya mudah, kerana mereka adalah dari golongan sosialis. Tok Non dari PAS menjadikan Islam sebagai dasar dan matlamat tidak pernah terima konsep sosialisme, nasionalisme sempit seperti diamalkan UMNO, jauh sekali dari menerima komunis. Tapi UMNO Be End yang anggap sosialis itu komunis nampaknya jahil sungguh mengenai perbezaan sosialis dan komunis.

Peliknya BN yang nampak macam anti sangat komunis tapi kalau tengok perangai boleh kata sebijik macam komunis. Antara prinsip penting komunis ialah matlamat menghalalkan cara, justeru mereka akan menggunakan apa saja cara untuk mempertahankan kekuasaan. Tiada istilah halal haram bersumberkan hukum agama dan wajar bertindak secara kekerasan terhadap pihak lain yang menolak ideologi mereka. Itu perangai komunis dan perangai itu nampaknya yang sedang diamalkan UMNO Be End sekarang.

Di bawah kerajaan BN sekarang:

1.Tiada kebebasan media, hanya maklumat pihak pemerintah sahaja yang mesti diterima rakyat, tiada ruang untuk pihak lawan bersuara melalui media utama – Itu perangai komunis.

2.Ugut, tangkap dan hukum rakyat atas kesalahan kecil tapi besar bagi mereka terutama yang berkaitan dengan gerakan melawan kerajaan. Jual atau pakai baju kuning pun kena tangkap – Itu perangai komunis.

3.Hanya ideologi pihak pemerintah (BN) yang mesti dianuti, selain dari mereka semuanya musuh negara. Perbezaan politik langsung tidak diraikan – Itu perangai komunis.

4.Memburukkan musuh dengan fitnah bukan dengan hujah. Reka konspirasi, buat tuduhan macam-macam dekat musuh politik sampai ke perkara yang tak masuk akal - Itu perangai komunis.

Warta Darul Aman

Arkib