Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, June 11, 2011

'Kalau tak kerat dia berakaq'

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Cerita bersembang dengan rakan2 UMNO tadi tak abih lagi. Ada satu isu penting tertinggai. Rupanya dalam UMNO ada satu prinsip yang dipegang oleh individu yang nak jadi calon atau puak yang mahu calon depa naik dalam pilihanraya umum.

Dalam UMNO mana-mana calon yang kalah hampir pasti tidak akan diambil kembali bertanding untuk pilihanraya yang berikutnya. Kalau ada pun kes-kes yang terpencil sangat.

Oleh kerana itu, mana-mana bakal calon yang tak terpilih jadi calon akan pastikan calon saingannya yang naik jadi calon BN kalah dalam pilihanraya. Dengan itu, puak yang sabotaj tadi akan berpeluang untuk melihat calon pilihan mereka terpilih sebagai calon BN dalam PRU berikutnya.

Sebabnya, kalau sekali calon itu menang maka dia akan terus dipilih oleh parti. Depa bagi contoh macam Tok Mat Bashah sampai 4 penggal jadi ADUN."Sebab tu saingan kita kena kerat awai-awai, kalau tidak dia berakaq tak dak chance orang lain nak naik," itu hujah depa.

Tua dia aih mulia sungguh hati perut, itu sama-sama depa. Kalau dengan orang bukan depa bayangkanlah... jadi renung-renungkanlah.

Warta Darul Aman

Arkib