Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, June 23, 2011

Jangan biaq UMNO buli kita, kita kena ‘susahkan’ juga depa

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Tengah sedap dok borak kat warung catok Taman Wira pagi tadi, terima panggilan dari Timbalan YDP PAS Alor Setar, Haji Zul. Dia suruh pi tolong Ketua Penerangan, Kasmani buat report polis.

“Isu apa pulak?” MK tertanya-tanya.

“Ni ada risalah haram depa cetak kat Public Press, fitnah kerajaan negeri, saya kalut ada meeting satgi.. kalau tak kalut saya pi buat report sendiri,” ujar Haji Zul.

Tanpa banyak soal, saya hubungi Ketua Penerangan PAS Kawasan. Depa dah bersedia dengan gerombolan Pemuda ke IPD Alor Setar buat report. MK pun terus ke sana. Sampai IPD, report polis dah habih. Depa dok tengah buat statement kat wartawan. Macam tokoh politik pulak puak-puak ni.

Lepas tu, barulah MK tahu hujung pangkal. Rupanya risalah yang dibuat oleh puak pembangkang di Kedah ni. Dah nama pun pembangkang, tu lah kerja depa.

Tajuknya ‘Kedah Tertipu’ tiru lagu ‘Tipah Tertipu’ lah tu, bukan ada idea dah.

Petang tadi buka Kedah La, rupanya Mid Panah dah buat posting isu tu. Dia tau lebih laju dari MK, betui-betui laju macam anak panah. Dia tak setuju buat report polis, hujahnya ‘kita buatlah sama macam depa.’ MK macam nak kata ‘ya tak ya jugak’.

Lepas Maghrib tadi MK telefon Haji Zul nak dapat penjelasan sebab apa buat report polis?

“Nak suruh polis siasat depalah, jangan bagi depa rasa senang sangat nak buat fitnah,” ujar Haji Zul. Jawapan yang lebih kurang sama aku terima, waktu dia arahkan Pemuda halang program Umi Hafilda kat Taman Wira dulu. Katanya, “Kita dok susah lama dah, jangan bagi dia senang-senang mai dok buat fitnah kat kita.”

Kesimpulan MK dapat, jangan biaq UMNO dok buli kita memanjang, kita kena pandai ‘susahkan’ juga depa.

Warta Darul Aman

Arkib