Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, June 14, 2011

Ih ih ih.. bijak sungguh Anwar alihkan isu

Oleh: Mid Panah

Puak-puak ahli parlimen bebas yang menjadi keldai tunggangan UMNO mendakwa kononnya Perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai ini adalah atas kehendak Anwar untuk mengalihkan isu fitnah video sex yang dihadapinya.

Secara teorinya macam nilah.. bila ada perhimpunan tu maka secara automatic seluruh rakyat Malaysia terus terlupa akan video sex tu, media-media pun tak boleh siar isu video tu sebab terketaq-ketaq tangan terkejut kat perhimpunan, printer pun rosak bila nak cetak isu video, tv pulak tak keluaq suara bila nak siar berita video sex. Semua gangguan itu disebabkan perhimpunan tu. Bloggers UMNO pula tak boleh tulis auta pasai video sex tu sebab keras tangan gara-gara ada perhimpunan Bersih. Semua pihak tak boleh nak siarkan isu Anwar 40 hari 40 malam. Jadi teralihlah isu video sex.

Ish ish ish bijak sungguh Anwar mengalihkan isu. Itu yang diberitahu oleh media pecacai UMNO Be End mengapa perhimpunan bersih nak diadakan. Rakyat percaya tak? Pecaya pecaya pecaya lebih dari pecaya aih. Lojik tu lojik lojik. TV3 habag semua kena pecaya, sapa tak pecaya kena sepak pungkok.

Patutlah ada sorang pensyarah tu buat teori, pemimpin BN mahu rakyat selama-lamanya tak cerdik. Lagi bodoh lagi bagus sebab depa boleh tipu hidup-hidup rakyat dalam apa jua isu. Jadi bagi BN biarlah rakyat terus kekal dalam kebodohan maka BN akan terus disokong sampai qiamat.

Malangnya apa yang diharapkan tak berlaku macam tu. Rakyat makin cerdik dan UMNO makin terancam dengan kecerdikan rakyat.

Nota: Mid Panah teraktif sikit sejak dua tiga hari ni, minta Tok Non, Enggang Qadha, Che Nad, Saiburi Sudin toksah dok lena lagi, mai pakat serang BN. Serang habih-habih UMNO Be End biaq sampai tertunggin atas tat.

Warta Darul Aman

Arkib