Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, June 21, 2011

Fikiran UMNO makin bercelaru hadapi BERSIH

Oleh: Tok Non

Semua pemimpin UMNO bersetuju sebulat suara bahawa perhimpunan Bersih 2 tidak wajar diadakan, jadi ia mesti dihalang. Cara nak menghalangnya ialah dengan mengerahkan Pemuda UMNO Malaysia turun ke KL 9 Julai nanti mengadakan himpunan membantah Bersih.

Tok Non berbeza pandangan dengan Pemuda UMNO, bersetuju himpunan Bersih 2 diadakan dan tak wajar dihalang. Tapi dalam waktu yang Tok Non juga bersetuju Pemuda UMNO mahu adakan himpunan untuk membantah. Manusia perlu ada kebebasan bersuara, pilihlah sikap mana yang dia mahukan.

Cuma tertanya-tanya... kalau Pemuda UMNO dah tak setuju akan 'perhimpunan haram' maka depa pula anjurkan 'perhimpunan haram' tu kenapa? Tamsilnya mudah, kalau kita anggap perbuatan seseorang merokok adalah salah, kita pun hisap rokok sama lalu menghembus asap kemukanya kononnya untuk menghalang dia merokok.

Nampak sangat, akibat gelabah + takut + tenggelam punca, maka cara bertindak pun dah tak selari dengan cara berfikir. Makin celaru dan haru biru.

Warta Darul Aman

Arkib