Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, June 26, 2011

Eh UMNO yang khalwat, pembangkang pulak yang kena...



Oleh: Tok Non

Pagi-pagi buta Tok Senapi sms minta Tok Non ulas isu dari sebuah blog UMNO... bla bla bla. Oh, isu ketua Puteri UMNO dan Setiausaha UMNO Bahagian yang ditangkap khalwat hari tu rupanya.

Ni dia petikan dari blog UMNO tu:

Bila kes terbaru mengenai seorang perempuan yang sebenarnya telahpun berkahwin dengan pasangannya telah tersilap cekup oleh MAIK dan kesnya disebut dimahkamah pada 20hb Jun 2011 yang lalu, tiba-tiba rata-rata pembangkang yang selama ini 'seperti anjing menyalak' kononnya muak dengan isu lucah tiba-tiba bngkas bangkit seperti pesakit yang dirasuk puaka polong bersilat terajang dengan jurus kelucahan melampau mereka. Hairan tak? Nak hairan apa kerana merekalah sebenarnya pengamal apa yang mereka mahu orang lain diam atas alasan aib jika terkena batang hidung mereka. PIIIRRAAAHHHH sekali lagi.

Sebenarnya mengikut sumber-sumber sahih, maklumat sah menunjukkan bahawa Yusmawati Yaacob telahpun berkahwin dengan pasangannya di sempadan siam, cuma semasa di cekup mungkin kerana panik, mereka tidak sempat menunjukkan surat nikah mereka kepada pegawai MAIK.

Tetapi kerana tidak ingin membabitkan mana-mana pihak beliau setuju untuk di gantung tugas dalam parti. Tugas beliau mengikut perlembagaan kini di pangku oleh Naibnya. Tindakan UMNO dalam menangani kes salahsangka ini bagi aku cukup tepat kerana walau apapun 'kesalahan' yang telah di lakukan oleh Yusmawati, itu adalah lebih kepada isu peribadi yang tidak ada kena mengena dengan sesiapapun ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang lain kecuali pasangannya dan pihak berkuasa agama Negeri Kedah Darul Aman.


--------------

Setahu Tok Non berita khalwat tersebut disiarkan oleh kesemua akhbar-akhbar pecacai UMNO Be End dan berita tersebut langsung tiada dalam Harakah, Suara Keadilan mahupun Roket. Ada juga blog pro PR yang menyiarkan berita itu tetapi ia dipetik dari media pecacai UMNO Be End.

Tok Non pun dah ulas isu tu haritu.. Ini dia ulasan Tok Non dalam Kedah La hari tu:


Kalau khalwat tu orang PAS... 40 hari 40 malam depa serang

Oleh: Tok Non

Ketua Puteri Umno Jerlun bersama seorang aktivis parti asobiyah itu didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat. Tok Non bukan nak jadikan khalwat orang UMNO tu satu isu, mereka cuma dituduh belum sah bersalah lagi. lagipun (kalau) depa berkhalwat pun bukan atas arahan UMNO suruh buat kerja tu.

Cuma Tok Non nak ajak pembaca bayangkan jika yang ditangkap khalwat tu ahli atau pemimpin PAS sudah tentu semua media utama mereka TV3suku, Utusan Meloya, Berita Hairan termasuklah semua blog-blog upahan mereka akan main isu tu 40 hari 40 malam tanpa henti siap dengan versi tokok tambah lagi. Kena orang depa senyap sepi dan boleh terus pimpin Puteri.

Itulah UMNO...



Agaknya blogger Pelantaq Lucah tu gabra sendiri gara-gara kroninya kena tangkap basah. Kalau bukan kroni yang kena, depa pun syok sakan, perangai UMNO tara tu dah. Dalam isu ni, puak depa yang khalwat, pembangkang pulak diserang. Taktik nak alih isu la tu.

Pelantaq Lucah turut dakwa kononnya MAIK tersilap cekup... kes ni dah sampai terheret ke mahkamah 'tersilap cekup' pulak. Bodoh jugak rupanya para pegawai MAIK. Kononnya depa dah kahwin kat Siam. Awat tak tunjuk surat nikah tu kat MAIK... biasanya kalau ada surat nikah (walaupun ditunjuk lepas kena tangkap) MAIK akan caj poligami tanpa kebenaran, tak berbangkit lagi tuduhan khalwat. Ini dah masuk mahkamah kes khalwat baru timboi 'surat nikah' dari Siam.

Hoi Pelantaq Lucah (blogger UMNO Be End) hang pi pemuhong puak2 hak tak sekolah dalam parti hang sudahlah... jangan dok muhong orang ramai, nanti nampak pulak ketidakcerdikan hang.

Warta Darul Aman

Arkib