Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, June 20, 2011

Demontrasi Himpunan Bersih 2.0 bukti pembangkang takut?

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH



Sekali lagi Serikandi nak tulis bab Himpunan Bersih 2.0. Belek pi belek mai selagi tak sampai tarikh 9 Julai 2011, hari-hari dalam akhbar sibuk tulis hal-hal mengenai Himpunan Bersih 2.0. Serupa macam dok buat publisiti untuk himpunan tersebut.

Terima kasihlah…sebab kalau saja-saja kita nak iklankan di akhbar perdana tu…ibarat macam tunggu kucing tumbuh janggut.( ada ka perumpamaan ni..hantam sajalah).

Terbaru pulak, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal, yang dulu-dulu pernah cuba-cuba nak kacau negeri Serikandi berkata, Himpunan Bersih 2.0 tu kononnya bukti pembangkang takut. Geli perut Serikandi baca kenyataan tu..kalau takut dok dalam selimut atau menyorok di bawah katil. Kalau sanggup tampil ke medan, sanggup menghadapi tribulasi, sanggup disembur air oleh FRU, sanggup berhujan berpanas, sanggup korbankan masa dan wang ringgit…PENAKUT kah namanya? Mungkin sepanjang hari malam dan siang, dia dok cari apa alasan nak hukum himpunan bersih tu…dah tak ada hujjah lain dah agaknya.

Sebenarnya yang penakutnya UMNO….takut rakyat turun membantah dan menunjukkan tidak puas hati tentang mereka....itu sebenarnya..takut kepada bayang-bayang sendiri.

Ummphh..letih juga dengan provokasi-provokasi macam ni…so..kalau tak mau timbul provokasi buatlah himpunan aman, majlis dialog, dalam stadium, buat perbincangan dengan SPR..demikianlah cadangan dari Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon.

Kenapa? Selama ini ada pihak UMNO/BN sudi buat majlis dialog terbuka dengan Pakatan Rakyat dan ditayangkan secara live untuk tontonan rakyat?

Apakah selama ini, SPR mengkaji cadangan-cadangan yang diajukan oleh Pakatan Rakyat agar pilihanraya di Malaysia ini bersih dan telus dari penyelewengan?Apakah selama ini pemimpin Pakatan Rakyat diberi peluang bercakap di televisyen dan di radio? Yang lebih teruk lagi, menteri besar dan wakil-wakil tidak dibenarkan berucap di premis-premis milik kerajaan pusat…ADIL KA? Kalau hak-hak yang sewajarnya diberi kepada Pakatan Rakyat dan suara-suara Pakatan Rakyat diambil kira dan pilihanraya Malaysia berjalan dengan penuh adil, telus dan bersih..tepuk dada tanya imanlah…

Yang syoknya..habis semua NGO yang pro-UMNO pakat dok buat laporan polis suruh ambil tindakan kepada himpunan bersih 2.0 ni..PEKIDA Pendang pun tak ketinggalan…Serikandi nasihat PEKIDA lebih baik pi main muzik kat rumah kenduri cukuplah.

Yang benda HARAM UMNO/BN buat hampa tak teringin nak bersuara, harga barang naik sampai menyusah rakyat, hampa tak teringin nak tegur, yang jadi buang anak sana-sini, hampa tak terasa nak fikiaq..tup-tup pasal himpunan bersih 2.0 ni hampa nak tunjuk hero pula. Hampa takut himpunan tu merosakkan harta awam tapi hampa tak takut, UMNO/BN dok taja program-program maksiat.

Serikandi suka dengan kenyataan menteri besar Selangor yang berbunyi lebih kurang macam nilah…Kalau perhimpunan dilakukan di stadium, tiada ummph…umpama protes dalam bilik air, apa jadi? Seperti ibu bapa, jika terlalu menyekat anak pun, akan mendatangkan kesan..

FIKIR-FIKIRKAN LAH…….

Warta Darul Aman

Arkib