Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, June 28, 2011

Awat UMNO makin kalut


BERSIH2.0 semakin hampir , umno semakin kalut. Perang saraf umno
barisan nasional semakin bahaya dan merapu , Malaysia pada 9 julai
2011 digambarkan seolah-olah akan ditimpa kiamat. Semua saluran berita
perdana sudah pun hampir menjadi sepenuh gila. Himpunan BERSIH 2.0
sudah pun dilebel dengan bermacam-macam fitnah, 1 hari bukan 1 fitnah
lagi, semalam 1 fitnah jahat pula dimainkan kononya himpunan BERSIH
2.0 cuba menghidup semula ideologi kominis, namum semua itu belum
mampu menghalang himpinan tersebut. T shirt BERSIH2.0 semakin laris
dijual dan ditempah. Gelombang kebangkitan rakyat, terutama golongan
muda begitu bernafsu untuk menjadi peserta BERSIH2.0. Segala media
terompah umno gagal menyekat golongan muda ini, kerana mereka
mempunyai maklumat,mereka tidak boleh diperbodoh-bodohkan dengan
dakyah serta propaganda umno barisan nasional yang dibelajar dari
APCO.

Pemuda UMNO dan sebuah pertubahan terompah, perkasa, cuba menyekat
berlakunya himpunan tersebut, dengan mengeluarkan ucapan dan ancaman
serta ugutan yang cukup bahaya kepada peserta BERSIH 2.0, apa yang
dilihat segala ancaman dan ugutan, yang boleh menjejaskan keharmonian
negara langsung tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Mereka
mengambil tindakan yang sedemikian kerana sokongan terhadap umno
barisan nasional semakin hari dilihat semakin malap. Perang saraf yang
mereka sedang main ini adalah hanya untuk mengurangkan kehadiran
rakyat ke himpunan BERSIH 2.0.

Semua peserta BERSIH 2.0 diingatkan supaya tidak termakan dengan
perang saraf yang sedang dimainkan oleh umno barisan nasional dan
terompahnya. Ingat BERSIH 2.0 adalah bertujuan untuk menuntut
pilihanraya yang adil,memulihkan demokrasi itu saja, Kedegilan SPR
inilah yang menyebabkan tercetusnya BERSIH.

Rakyat perlu tahu, mengapa yang kalut sangat dengan himpunan tersebut
hanya pemimpin umno sahaja, kerana mereka tahu, apabila pilihanraya
dilaksanakan secara adil dan telus , mereka akan tumbang dalan
pilihanraya, mereka sudah tidak boleh merompak hak rakyat lagi. Mereka
akan diseret oleh rakyat kemuka pengadilan, Mereka akan dihukum .
inilah yang paling mereka takut.

Warta Darul Aman

Arkib