Sunday, May 19, 2013
PR perintah Kedah rata padang Najib ceramah, mai BN sekat habis! Ni negeri demokrasi ka negeri Komunis?
MUKHRIZ DAH JADI KADOK NAIK JUNJUNG!
Masa Pakatan perintah Kedah PM Datuk Seri Najib pernah datang berceramah politik di Stadium Sultan Abdul Halim, Stadium Mini Guar Chempedak, Stadium Mini Pendang... Stadium Sultan Abd Halim Suka Menanti paling banyak program anjuran UMNO, BN dan Perkasa pun pernah mai ceramah. Datuk Mat Bashah pernah buat program kat Dewan KUIN Mergong, BN Kedah banyak kali buat program dalaman parti depa kat Dewan Wawasan, Jitra, Dewan City Plaza MBAS. Kalau BN guna semua tu kena bayar sewa, PR yang jadi kerajaan pun bayar sewa jugak... yang penting kerajaan PR dulu tak pernah halang mana-mana pihak anjur program politik masing-masing sebab itu model demokrasi yang nak dipamerkan.
Tok Mat Bashah sepanjang 5 tahun jadi ADUN pembangkang dulu jadikan premis penghulu mukim Mergong, pun kerajaan negeri tak pernah halau. Sebahagian besar balairaya milik kerajaan negeri dipegang oleh JKKKKKKP kerajaan negeri tak kalut ambik balik, sebab tak mau kecoh-kecoh.
Tapi mai Mukhriz perintah dua minggu dah mula jadi Kaduk Naik Junjong, memijak mati terus lunas-lunas demokrasi di negeri ini. PR nak sewa padang Stadium Suka Menanti untuk buat himpunan, tolak mentah-mentah.
Malang rakyat Kedah, depa harap bila berubah kerajaan keadaan bertambah baik rupanya sedang menuju pemerintahan kuku besi.. awat hangpa nak perintah negeri ni ala komunis ka hapa??
Susun saf, atur langkah dan kukuhkan tarbiah

Pemuda: Susun Saff, Atur Langkah dan Kukuhkan Tarbiyah
1. Pilihanraya umum ke 13 baru saja berlalu. Keputusannya sangat memberangsangkan meskipun kita belum berjaya capai target ke Putrajaya apabila 53 peratus undi atau sokongan rakyat adalah bersama kita Pakatan Rakyat.
1. Pilihanraya umum ke 13 baru saja berlalu. Keputusannya sangat memberangsangkan meskipun kita belum berjaya capai target ke Putrajaya apabila 53 peratus undi atau sokongan rakyat adalah bersama kita Pakatan Rakyat.
2. Jelasnya perjuangan kita belum selesai. Perjuangan kita belum tamat. Kejayaan yang kita buru dan kemenangan yang kita dambakan bukan hanya sekadar Putrajaya yang terhenti di sempadan dunia tetapi apa yang kita buru dan dambakan ialah Syurgajaya yang melepasi hingga ke sempadan akhirat.
3. Justeru itu raikanlah kemenangan atau kejayaan dengan sederhana. Penuh tawadhu' dan insaf terhadap amanah kepimpinan yang terbeban ke atas kita. Raikan kemenangan dengan bertasbih kepada Allah dan istighfar mohon ampun kepadaNya. Jangan biar kelekaan mempengaruhi dan kelalaian menguasai diri kita. Kita adalah pejuang !
Saturday, May 18, 2013
Drama airmata di wad ICU...
Berkasih Sayang Kerana Allah
Oleh: Muhammad Sanusi Md Noor
Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.
Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30. Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.
Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.
Pemimpin UMNO sahkan BN tidak demokratik!
KUALA LUMPU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Barisan Nasional (BN) kalah di kawasan pengundi yang mengutamakan demokrasi mengesahkan bahawa parti tersebut tidak demokratik.Dalam forum yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Rabu lalu, Saifuddin berkata, BN kalah di kawasan-kawasan di mana para pengundinya lebih mengutamakan demokrasi termasuk penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan ketelusan, rasuah serta pilihan raya yang bersih dan adil.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Saifuddin kerana kenyataannya yang mengesahkan kepada semua rakyat bahawa BN tidak demokratik," kata Khalid.
Malah, katanya, sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri lagi BN tidak bersifat demokratik dengan berdalihkan alasan "demokrasi ala-Malaysia".
Sependapat dengan Saifuddin, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kemenangan Pakatan Rakyat lebih didorong oleh isu di mana rakyat yang mengundi Pakatan bertekad mahu memulihkan demokrasi.
"Mereka juga mahu kerajaan yang komited untuk mewujudkan negara berkebajikan, bersifat telus, mengamalkan tadbir urus yang baik (good governance) dan lain-lain amalan yang pro-rakyat," katanya.
Khalid bagaimanapun tidak sependapat dengan pandangan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu yang menyatakan BN menang di tempat-tempat di mana pengundi mahukan pembangunan seperti jalan dan sekolah baru.
Friday, May 17, 2013
Mengapa Ahmad Maslan pilih 'meliwat'?
KUALA LUMPUR: Orang berkata penggunaan bahasa melambang watak dan keperibadian seseorang.
Mungkin itulah yang ingin dicerminkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno hari ini dalam tulisannya di Utusan Malaysia yang bertajuk: “Jangan ‘meliwat’ fikiran rakyat”.
Dalam artikelnya, Ahmad menekankan bahawa himpunan aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan raya.
Setelah mendapat mandat BN lupa diri, sekat kebebasan bersuara dan kezaliman ala Firaun pun bermula...

Himpunan Kelana Jaya: ADUN PKR didakwa di mahkamah
Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (ADUN) Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum di Kelana Jaya, Selangor sebelum ini.
Beliau sebagai penganjur bagi Pakatan Rakyat dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.
Nik Nazmi, yang juga ketua komunikasi PKR mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikatjamin.
Beliau dituduh bawah seksyen 9(1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000.
Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan melebihi RM2,000.
Beliau sebagai penganjur bagi Pakatan Rakyat dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.
Nik Nazmi, yang juga ketua komunikasi PKR mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikatjamin.Beliau dituduh bawah seksyen 9(1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000.
Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan melebihi RM2,000.
Elaun hang metekedarah tu duit rakyat Zahid hoii sedaq laa sikit!
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai biadap, dan tidak seharusnya seorang Menteri yang dilantik bagi memberi khidmat untuk seluruh rakyat Malaysia bersikap angkuh, dan membuat kenyataan seperti seolah-olah dirinya dan parti yang diwakilinya adalah tuan besar dalam negara ini.
“Zahid Hamidi harus sedar elaun sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Menteri, terhasil dari cukai yang dikutip ke atas rakyat dan wajarlah beliau tidak angkuh dan sombong,” ujar Ketuanya, Azmizam Zaman Huri (gambar)dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya AMK Selangor menyifatkan kenyataan Zahid yang menggesa golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari sebagai angkuh, bodoh sombong dan menggambarkan ketakutan Barisan Nasional menghadapi gelombang rakyat.
AMK Selangor, tambahnya melihat kenyataan itu juga menggambarkan Zahid Hamidi sebagai tidak bersedia untuk memikul amanah selaku Menteri Dalam Negeri, dan Najib Razak meletakkan beliau di posisi itu sebagai kambing hitam untuk menghadapi kemarahan rakyat yang jelas bangkit bagi menolak keputusan PRU13 yang penuh mencurigakan.
Kajian sokong 'Anwar bersara’ hanya palsu
KUALA LUMPUR: Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.
Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.
Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.
“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.
Difahankan keadaan ituberlaku akibat telah digodam cybertroopers.
Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.
81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara.
Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.
Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.
“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.
Difahankan keadaan ituberlaku akibat telah digodam cybertroopers.
Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.
81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara.
Thursday, May 16, 2013
Tahniah! Kerajaan UMNO Kedah akan tutup semua pusat hiburan dalam masa 100 hari
Oleh: Tok Non
Lapan ADUN UMNO Kedah angkat sumpah sebagai Exco. Dalam senarai Exco Kedah kali ini tiada Exco Cina kerana ketidaksudian MCA untuk menyertai kerajaan Persekutuan atau Negeri kali ini. Tidak ada juga Exco India kali ini kerana calon MIC tak menang, orang India Kedah pakat tolak MIC nak buat lagu mana. Akhirnya yang memerintah Kedah sekarang bukannya BN tetapi UMNO. Maka elok kita namakan kerajaan negeri Kedah sebagai Kerajaan UMNO Ar-Rasis.
Kononnya di kalangan Exco yang dilantik ada yang tiada kelulusan, maksudnya tiada ijazah atau sekurang2nya diploma. Betoi ka? Macamana orang takdak ijazah nak tadbir pegawai2 KCS yang berpelajaran tinggi? Biagpiilah kat depa tak takdak orang yang layak nak buat macam mana. BN menang di Kedah pun bukannya kemenangan yang bersih, menang akibat penipuan dan merasuah pengundi. Kemenangan mereka adalah kemenangan yang dibeli.
Tok Non nak ajak rakyat Kedah ingat balik janji UMNO masa kempen PRU dulu, kononnya akan ditunaikan dalam masa 100 hari. Meh kita senaraikan balik dan rakyat Kedah tengok adakah UMNO akan tepati atau capati janji mereka ini:
1. Nak tutup semua pusat hiburan di Kedah yang dibuka di masa Pakatan Rakyat
2. Tidak benarkan bukan Islam guna kalimah Allah. (Kita nak tengok adakah pelajar2 bukan Islam terutama kat Sekolah Keat Hwa akan diharamkan nyanyi lagu 'Allah Selamat Sultan Mahkota')
3. Nak hapuskan bayaran parking letak kereta di MBAS.
4. Menurunkan tarif air yang dinaikkan oleh kerajaan Pakatan dahulu sebanyak 10 sen untuk satu meter padu.
5. Memansuhkan 3/4 dari program pengajian di KUIN kerana kononnya membazir dan tiada sambutan pelajar.
Insya Allah PAS akan berkuasa di Terengganu dalam masa terdekat
Saksi, Bukti Kukuh Penyelewengan SPR di Terengganu: Ahmad Said Tumbang?
hijabulcrewz

Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut.
Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.
Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.
Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut. Beliau juga telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.
SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!

Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat melalui mahkamah dalam masa 21 hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


